Wednesday, March 23, 2011

Catatan #58 : Sekuntum Bunga Ros



Hari ini macam biasa buka office lepas tu sambung kerja semalam. Pelan tak siap siap lagi hoi. Dan terkejut bila datang penghantar bunga.. Dan bunga itu untuk aku! Perghhh.. Nak kata hari ini Valentine's Day memang langsung takde kena mengena.. Aku fikir lagi, birthday aku ke? Tak jugak, bulan april pun tak masuk lagi.. Tapi Lisa Surihani birthday hari ni.. Huhh! Sape kasi bunga ni? Nama pengirim takde plak.. Nak kata salah hantar tak jugak sebab terpamang nama aku! Malunya aku ok.. Sebab bunga ni sampai kat office, nasib baik bos takde dan staff yang tinggal dalam office pun cuma tiga orang termasuk aku sebab ramai pergi travelling..


p/s : Kebetulan aku kena tag oleh pemilik blog Cikgu Mien. dalam sebuah contest sweet couple yang paling comel dan cool.. Dah sah sah aku tak boleh nak join sebab aku single lagipun memang takde gambar berdua dengan bf.. Kesian aku.. Btw, aku nak tag jugak orang single supaya join contest tu.. Hahaha.

*Tag 3 orang*

Monday, March 21, 2011

Berita : DUN Sarawak Dibubarkan Hari Ini

*Gambar dari Abang Google*

Perghhh.. Tetiba aku rasa blog aku dah macam blog YB Raz..*Rakan seangkatan politik! Hahahaha.. Takpe takpe, entry ini nak tunjuk bahawasanya aku tak sabar nak keluar mengundi.. Desas desus mengatakan bahawa pilihanraya negeri akan dijalankan pada 16 April ini.. Huhuhu.. Asal tak 17 April je? Bolehlah sambutan ulangtahun kelahiran aku dirai bersama kemenangan Barisan Nasional (BN).. Eh eh, cam konfiden plak aku.. Whatever lah kan! Excited punya pasal..


Thursday, March 17, 2011

Warga Tua Dan Bayi Terselamat Dari Gempa Bumi Dan Tsunami, Bukan Maria Ozawa Sahaja!


Pada mulanya, aku tertanya tanya siapa Maria Ozawa sebab aku musykil bila ada saja keluar cerita tentang wanita itu.. Ingatkan dia 'first lady' kat Jepun, rupanya Ratu Porno! Jadi, bergembiralah para peminat Maria Ozawa kerana mungkin dia akan keluarkan video tengah berenang selamatkan diri pakai bikini.. Opppsss.. Ini bukan blog lucah! Okokok, aku tak mahu keluarkan lagi berita pasal Maria Ozawa yang terselamat dari gempa bumi dan tsunami di Jepun sebab aku tahu mesti korang sudah baca.. *Google je


Askar dari Defense Force Jepun telah menemui seorang bayi perempuan 4 bulan dalam timbunan serpihan kayu, kaca dan bata di sebuah bandar pantai timur laut Sendai.. Bayi tersebut yang terpisah daripada ibu bapanya semasa kejadian gempa bumi dan tsunami akhirnya telah dipertemukan semula..


Wanita tua antara yang terselamat dari bencana gempa bumi yang berukuran 8.9 skala ritcher melanda negara Jepun Jumaat lepas.. Walaubagaimanapun, wanita tersebut masih menerima rawatan kerana menghidap hiportemia, iaitu sejenis penyakit akibat daripada kesejukan/kedinginan yang menyebabkan badan beku.. Di tempat lain juga, seorang lelaki tua ditemui selamat di atas bumbung terapung yang berada dalam 10 batu dari garis pantai Jepun..

p/s : Terkial kial aku nak memahamkan diri baca teks bahasa Inggeris.. Huhh! Kalau cikgu English dan MUET aku tahu, mahu dia gelak.. Dah dah,aku nak habiskan report kerja aku dulu..)

Wednesday, March 16, 2011

Sudah Tertulis Dalam Al-Quran Tentang Musibah Di Jepun

 Beginilah keadaan gempa bumi sekuat 8.9 skala ritcher di Jepun sehingga mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter berlaku di wilayah utara negara tersebut.. Di bawah ditunjukkan perkara yang sudah sedia tertulis..


Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran. Dan bulan 4.
Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4. Rujuk di Quran.
1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan
“Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya”.
2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.
Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38’15 dan Longtitude 140’53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.
3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.
4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.
5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.
6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.

Sumber : Blog Nasih Saifullah

*Dipersilakan untuk share :)

Malaysia Selamat Dan Jangan Percaya SMS Kesan Radiasi

Kebimbangan rakyat Malaysia tentang SMS yang diterima supaya tak keluar rumah dan sebagainya telah mendapat reaksi dari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.. Beliau memaklumkan bahawasanya Malaysia masih lagi selamat.. Diharapkan lepas ini, tak timbul lagi tentang kepercayaan bahawa Malaysia kena tempias itu dan ini.. Walaubagaimanapun, sekiranya Malaysia berdepan dengan masalah di Jepun lebih lebih lagi soal keselamatan rakyat, pasti kerajaan akan umumkan segera.. Buat masa ini, tiada sebarang bentuk ancaman dan kita masih boleh bergerak bebas dan janganlah nak ponteng kerja plak..


Larangan keluar rumah benar berlaku di Jepun dan pihak berkuasa kat sana memang dah keluarkan arahan kepada 140, 000 penduduk dalam jarak 30 kilometer dari loji nuklear tersebut.. Dan disebabkan itu, pelajar Malaysia bimbang terhadap keselamatan walaupun sekarang mereka semua dalam keadaan selamat.. *Sama sama kita doakan mereka :)

  • Sebahagian pelajar Sarawak semalam telah dihantar pulang semula ke Mesir bagi menyambung semula pengajian mereka dan semua kos penerbangan telah ditanggung oleh pihak kerajaan negeri.. Mereka turut menerima sumbangan duit poket sebanyak RM500.. *Nampak Asada dalam TV1 pagi tadi
  • Tahniah buat Azizulhasni Awang dan Nicol Ann David yang berjaya merangkul anugerah olahragawan dan olahragawati bagi tahun 2010..
  • Datuk Lee Chong Wei masih memerlukan khidmat Datuk Misbun sebagai jurulatih untuk beliau menghadapi kejohanan yang lebih besar.. Untuk makluman, Datuk Misbun telah meletak jawatan pada penghujung tahu lepas.. *Jaguh badminton negara dapat jam tangan dari isteri PM owh..
p/s Terima kasih nuffnang sebab aku baru perasan ade BE Maxis Nokia E7..

Tuesday, March 15, 2011

Loji Nuklear Jepun Meletup Lagi dan Malaysia Hujan Asid?


Semalam letupan hidrogen berlaku di reaktor ketiga loji nuklear.. Walaubagaimanapun, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, berdasarkan maklumat Agensi Nuklear Malaysia yang bekerjasama rapat dengan agensi nuklear di Jepun, letupan berlaku semalam adalah tidak serius..
A nuclear power plant in Fukumi , Japan exploded at 4.30 am today. If it rains 
tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. 
It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer.
Please pass, stay safe and remind everyone you know...
Siapa terima sms di atas semalam? Tentang hujan asid kat Malaysia akibat daripada kesan radiasi loji nuklear yang meletup.. Aku pun tak dapat nak cakap ya atau pun tidak sebab tiada bukti yang sahih.. Tapi aku boleh cakap yang semua ini hanya rekaan.. Sebab takde akhbar yang melaporkan tentang hujan asid setakat ini..

p/s : Tentang perintah berkurung atau tak keluar rumah plak, kat Jepun aku percaya.. Tadi tengok berita.. Kalau kat Malaysia untuk ape? Pergi kerjalah.. Budak sekolah takpe sebab dah memang cuti..)

Monday, March 14, 2011

Isu Ultraman, Power Rangers, Doraemon Dan Tsunami

Ramai blogger hari ini bercakap isu Berita Minggu yang menyiarkan karikatur ultraman yang lari tengok tsunami.. Rata rata menindas hasil lukisan Mohd Zohri Sukimi yang lebih dikenali sebagai Zoy itu.. Ya ya ya, lawak yang diinginkan telah bertukar menjadi satu mimpi ngeri sehinggakan CNN pun melaporkan tentang isu ini.. Dan Berita Harian telah pun memohon maaf [Di SiNi] dan [SiNi]


Aku puji kartunis ni.. Pandai dia melukis cuma agak kurang bijak bila mana bakat disalahgunakan sehingga menyinggung perasaan banyak pihak.. Tapi aku malaslah nak hentam kaw kaw sebab manusia punya sifat ketidaksempurnaan.. Dan bukan bermakna aku sokong tindakan beliau ek.. Namun aku terkilan sedikit bila ade entri meminta agar kita boikot Berita Harian..  Aiyoo..  Bagaimana pulak dengan tweet pelakon hebat ini? Adakah kita mahu boikot semua drama dan filem lakonan beliau?


Apa kata anda setelah membaca tweet ini..? Ya, mungkin tweet ini sudah 2,3 hari yang lepas tapi yang tersirat dan tersurat tetap sama.. *Lawak yang mempersendakan! Aku cuma mahu bilang, sebagai manusia kita memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.. Dan melalui kesilapan itulah, kita mematangkan diri.. Harapnya diambil pengajaran di atas kedua dua insiden ini.. Sebab dalam facebook pun aku ade tengok orang post sebegitu! Sebarang ketidakpuasan hati jangan hentam aku pulak ye.. Pandangan semata mata..


p/s : Tetiba teringat isu karikatur nabi Muhammad s.a.w suatu ketika dahulu.. Ermmm.. Nasib baik aku tak pandai melukis kartun..

Loji Nuklear Jepun Meletup Dan Pencemaran Radiokatif Berlaku?

  • Semua sedia maklum, bahawa loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun telah bocor akibat gempa bumi dan tsunami.. Apa yang merisaukan kita adalah kesan radiasi tersebut, iaitu pencemaran radioaktif.. Di Jepun sendiri, lebih 170,000 diarahkan berpindah dari kawasan timur laut itu..
  • Pencemaran radioaktif ni sangat bahaya dan boleh menyebabkan kanser, kecacatan, kelahiran pra-matang dan lain lain lagi.. Setakat yang aku belajar kat sekolah dulu, inilah antara kesan kesan buruk.. Jadinya, aku pun sokong agar Malaysia bawa pulang rakyat/pelajar yang kini berada di Jepun..
  • Memang menakutkan jikalau pencemaran radioaktif ini merebak ke negara kita.. Tapi menurut Profesor Datuk Dr. Proom, kesan radiasi hanya berlegar di sekitar loji terbabit memandangkan suhu di kawasan tersebut hanya dianggarkan 300 darjah celsius.. Hanya jika suhu melebihi 1000 darjah celsisus, kesan radiasi akan naik ke atmosfera dan mampu merebak ke negara kita.. Kalau tengok peta pun, jarak Malaysia dan Jepun jauh kan.. Harapnya tak sampailah..
  • Agensi Nuklear Malaysia pula akan beri penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Jepun dalam tempoh terdekat dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air turut meminta orang ramai agar tidak menimbulkan spekulasi berhubung kejadian ini.. Kita tunggu jelah..
  • Berhubung pembinaan loji elektrik nuklear kat negara kita plak, aku rasa kerajaan kena fikir elok elok lah.. Memang ade baiknya dan dalam masa yang sama ade jugak buruknya.. Ape ape pun, tempoh untuk menjalankan penyelidikan masih panjang..
p/s : Rajin rajinlah korang baca surat khabar untuk mengetahui perkembangan lanjut.. Ini hanya ulasan pendek dari aku je..

p/ss : Tahniah buat Lee Chong Wei yang berjaya menundukkan musuh tradisinya, Lin Dan dalam acara perseorangan lelaki All England 2011.. Semalam aku sempat jugak tengok final wanita beregu antara pasukan China dan Jepun.. Pemain China berjaya menumpaskan lawannya dengan mudah 21-2 dan 21-9.. Aku dapat rasakan yang pemain Jepun tak dapat nak fokus maybe sebab keadaan negara Jepun sekarang yang dilanda gempa bumi dan tsunami kot.. Tapi aku kagum sebab mereka layak ke pusingan akhir..

Sunday, March 13, 2011

Catatan #57 : Zaman Dahulu Hingga Kini

Sebenarnya, ini adalah sebuah contest dan aku telah di tag oleh Encik Manggosteen a.k.a Zulfadhli.. Aku memang nak buat cumanya aku terlupa sehinggakan tarikh tutup telah pun sampai.. Takpe takpe, sebagai menghargai seorang blogger yang telah puji aku dalam entry beliau kat [SiNi], aku jawab jugak tag ini..


Kisah Zaman Dahulu Hingga Kini Sebagai Seorang Pelukis..
Aku bukanlah seorang yang dikurniakan bakat melukis dan kalau diberi pensel serta kertas lukisan aku memang gagal. Tapi itu zaman dahulu. Kini, aku bergelar seorang pelukis pelan pelatih. Percaya tak? Masuk dua tahun aku kerja dekat company ukur tanah ini walaupun ia bukan bidang aku.

Kisah Zaman Dahulu Hingga Kini Sebagai Seorang Penggemar Coklat..
Aku suka coklat KIT KAT dulu, kini dan selamanya. Hahaha.

Saturday, March 12, 2011

Gempa Bumi Dan Tsunami Di Jepun





Tadi aku tengok berita, habis kereta semua dibawa arus deras.. Dan lebih 300 terbunuh dalam gempa bumi dan tsunami tersebut.. Kemusnahan besar berlaku di Timur Laut Jepun dan difahamkan Jepun bersedia melepas radioaktif untuk mengelak Loji Nuklearnya meletup.. Lebih kurang 3000 penduduk yang berhampiran loji itu jugak telah dipindahkan.. *Mercy Malaysia bersiap sedia hantar bantuan

Seramai lebih kurang 289 rakyat/pelajar Malaysia yang berada di 9 lokasi terjejas teruk akibat gempa bumi telah berjaya dihubungi oleh Kedutaan Malaysia di Jepun dan mereka semua dalam keadaan baik dan selamat.. *Tetiba teringat kat jejaka Syafiq Ahmad yang sedang menuntut di Jepun.. :) Hahaha..

Talian Untuk Dihubungi
Bilik Operasi 24 Jam di Wisma Putra : 03-8887 4570 / 03-8887 4770 / 03-8887 2746 / 03-8887 2830
Talian 'Hotline' Kedutaan Malaysia Di Tokyo Jepun : +81334763840

p/s : Nasihat berjaga-jaga untuk penduduk yang tinggal berhampiran pantai di Sabah dan Labuan turut ditamatkan.. Sama sama kita berdoa mohon selamat dari bencana الله

Wednesday, March 09, 2011

Catatan #56 : Tidur

Kanak-kanak macam aku ni perlukan tidur sekurang-kurangnya 10 jam tahu! Tapi disebabkan aku kena kerja dan solat Subuh, paling awal aku bangun jam 6 pagi.. Maknanya, tidur aku mestilah pada pukul 8.00 malam kan? Namun disebabkan drama Gemilang (Setiap Isnin) dan Asmara 2 (Setiap Selasa), aku terpaksa gigihkan mata aku sampai jam 10 malam dan sedikit tambahan masa untuk melakukan sebarang aktiviti sebelum aku membenarkan mata aku melelap dan badan aku rehat sepenuhnya.. Dan sekiranya aku ada mesej cakap "good night" atau "selamat malam" itu adalah tanda besar di mana aku akan mencampakkan handphone murah nokia 3120 aku ke katil dan aku terus mengambil bantal peluk lalu menutup muka aku dan tak sampai 5 minit, pasti aku terlena.. Zzzzzzzzz.. Gambar seperti di bawah..

*Gambar semua dari Abang Google dan aku tolong edit*

Ada yang mesej kata aku ni belum tidur dan sengaja tak balas mesej dan tak jawab call.. Aiyooo.. Sah sah aku dibuai mimpi, sampai hati cakap aku sebegitu.. Ok, mulai hari ini mesej memang tak kan berbalas sebab aku malas topup..

*Imbasan zaman bunga bunga kejap*

Tidur jam 2,3 pagi pun takde hal.. Nak bergayut kat telefon punya pasal.. Esok bangun pagi mata merah kurang tidur tapi bila tengok mesej kat handphone "Selamat Pagi Sayang.." --- "Good Morning Honey.." --- "Sayang.. Bangun, solat+mandi" --- Tersenyum sendiri lalu bangun mandi, tak ingat dah kengantukan dan projek sambung tidur lagi.. Bila kat tempat kerja, baru pukul 10 pagi dah ngantuk.. Nak hilang ngantuk plak buat kerja sambil handphone kat tangan.. Jari sebelah taip keypad, yang sebelah lagi taip keyboard.. Hebat! Gitulah kan cerita cintan cintun.. Korang pun sama, betul tak? *Ini dulu punya cerita sekrang single*


Tuesday, March 08, 2011

Surat Kepada 3 Golongan "Wanita"

*Gambar dari Abang Google*

Ke hadapan kaum hawa,
     Di sini saya ingin mewar warkan bahawa hari ini adalah sambutan ke-100 Hari Wanita Seluruh Dunia.. Maka dengan ini, saya sebagai salah seorang kaum hawa di atas muka bumi ini ingin mengucapkan "Selamat Hari Wanita" kepada anda.. Juga tidak dilupakan buat emak dan nenek saya di rumah.. Hahahaha.. Dan "Selamat Hari Wanitua" istimewa untuk kakak kakak saya Normala, Norliza, Norita, Norlia, Norsuryani dan Normasitah.. Hehehehe.. :)

Ke hadapan kaum hawa yang tak anggap diri wanita,
     Di kesempatan ini juga, saya tetap nak ucap "Selamat Hari Wanita" buat anda sekalian walaupun anda rasa diri anda sebagai seorang lelaki dan punya 'teman wanita..' Ini bukan sindiran, tapi bak kata orang orang tua, siapa makan cili dia rasa pedas.. Akhir kata, berbanggalah menjadi seorang wanita ya..

Ke hadapan kaun adam yang ingin jadi wanita,
     Tak saya lupakan untuk mengucap "Selamat Hari Wanita" buat anda juga yang merasakan sesat dalam tubuh seorang lelaki.. Bukan nak memalukan tapi bukankah kalian sendiri yang ingin masyarakat menerima golongan seperti anda.. Kerna itu, saya sampaikan salam ini istimewa buat anda.. Akhir kata, berbanggalah menjadi seorang lelaki ya..


Saturday, March 05, 2011

Catatan #55 : Selamat Hari Lahir Pak


Ini kek untuk hari jadi emak dan bapak aku sekaligus sebab tarikh lahir mereka hampir. Emak aku 2 Mac manakala bapak aku 5 Mac. Kami adik beradik buatlah sikit jamuan doa selamat. Moga emak dan bapak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Thursday, March 03, 2011

Catatan #54 : P.Ramlee

Ini Rumah Allahyarham P.Ramlee di Pulau Pinang. *Sexcited gila sampai sini dah hoi!*

Rugi kalau pergi Pulau Pinang tak ke sini tahu.

P.Ramlee ini nama besar dalam industri seni kat Malaysia dan aku syak semua rakyat Malaysia sudah kenal sama beliau. Filem filem P.Ramlee masih lagi mendapat tempat di kaca televisyen, memang tak jemulah tengok! Sama macam lagu lagu P.Ramlee sentiasa segar dalam ingatan. Ahh ayat aku! Abaikan.

Aku paling suka lagu ini. Tolong siapa siapa nyanyikan buat aku!

Kalaulah.. Ada orang nyanyikan aku lagu ini.. Kalaulah..

Wednesday, March 02, 2011

Catatan #53 : Punca Penat Bekerja


Pergi kerja kena keluar rumah awal pagi sebelum matahari terbit.. Balik kerja pulak mesti bulan dan bintang dah menunggu.. *Sila abaikan.. Tapi kompom penat! Ya ya ya.. Pernah tak korang fikir punca korang rasa letih bekerja? Sebenarnya..

Sekarang ni, jumlah penduduk Malaysia adalah lebih kurang 27 juta orang.. *Ikut laporan akhbar

Seramai 2.1 juta daripadanya telah bersara.. Jadi tinggal 21.3 juta orang lagi..

1.3 juta pula adalah golongan kanak-kanah bawah umur 6 tahun.. Makanya tinggal 20 juta orang..

Dari 20 juta ini pula, 7 juta masih belajar tak kira peringkat usia.. Tinggal lagi 13 juta orang..

Dalam 13 juta itu, seramai 5 juta orang bekerja tapi tak buat kerja.. Jadi tinggal 8 juta orang saje..

Tolak 3 juta orang yang berhijrah ke luar negara, dah tinggal 5 juta orang lagi..

Dari jumlah tu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur, takde kerja.. Jadi tinggal 2.3 juta orang..

Sebanyak 1, 215, 512 dilaporkan sakit dan kini di hospital termasuk di tanjung rambutan..

Sekarang hanya ada 1, 084, 488 orang yang boleh buat kerja..

Tapi seramai 1,084, 486 orang di dalam penjara dan Pusat Sehenti di seluruh negara..

Maknanya, tinggal 2 orang sahaja yang buat kerja.. Dan 2 orang itu adalah ENGKAU dan AKU..


Tapi ENGKAU sekarang ini pun masih duduk depan komputer kan? Ape kau buat? Update blog.. Tak habis habis.. Kemudian layan plak main games kat fb, dari farmville ke mafia wars.. Huhh.. Langsung tak buat kerja! Jadi tinggal lah aku sorang2 yang buat kerja.. MANA AKU TAK PENAT???

Psssstttttttttt : Tadi bos aku mintak aku carikan satu fail ni.. Tengok dalam rekod, fail tu tahun 2006.. So, kena carik dalam stor.. Sekali tak jumpa.. Bos aku pun masuk stor nak carik.. Aku pun follow, kemudian aku nampak fail tu.. Malu beb.. Asal aku tak jumpa dari tadi? Huhh! Rahsianya? Lain kali kalo nak masuk stor cari barang, bukak lah lampu.. *Maaf, ingatkan mata ni gred A tadi tu yang tak guna khidmat lampu*

Catatan #52 : Selamat Hari Lahir Mak


Ke hadapan Cik Ani ku, (Nama betul emak aku Masni ye)
Selamat Hari Lahir yang ke59. Semoga panjang umur dan sihat selalu. Anakmu ini memang seorang degil dan kadangkala sukar menerima nasihat dan leteranmu. Pernah suatu ketika dulu aku ingin lari dan kunci motosikal sudah aku ambil tapi dirimu cepat cepat meminta agar bapa menghalang niat aku. Fahamilah, sesungguhnya jauh disudut hati anakmu ini tetap menyayangi emaknya yang seorang. Anakmu ini ingat lagi tatkala dimarahi olehmu ketika di meja makan dan anakmu ini terus saja bangun dengan perasaan marah naik ke atas masuk bilik dan kunci. 24jam tak keluar dari bilik dan dirimu meminta bapa memujuk anakmu ini turun makan. Fahamilah, sesungguhnya jauh disudut hati anakmu ini tetap rindu akan emaknya yang seorang. Doakan anakmu ini agar sentiasa patuh kepada Allah selain kedua orang tuanya serta lembutkanlah hatinya agar tidak mudah merajuk membawa diri. Terima kasih emak kerana sentiasa mengerti karenah anak ke8 mu ini. Bukan niat anakmu ingin berkasar apatah lagi ingin menderhaka tetapi kadang kadang jiwa remaja ini ingin memberontak. Anakmu ini gagal bersuara tika marah dihadapan dirimu dan cara terbaik anakmu lakukan adalah meninggalkan dirimu buat seketika untuk menyejuk hati ini. Mohon ampun emak. Sabtu ini emak berehat ya, biar anak anak emak masak meraikan hari istimewa ini bersama sama.


Kekasih hatimu nombor 8,
Tieah Madian