Friday, June 10, 2011

SPRM Siasat Ketua Menteri Sarawak Berhubung Kes Balak


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berhubung dakwaan rasuah balak.

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara berkenaan.

"Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ini (isu berkenaan). Seperti saya katakan dulu, kami sedang menyiasat Taib Mahmud dan apa jua tindakan kita, kita tidak dapat mendedahkan buat masa ini," katanya pada majlis menandatangani dan menyerahkan ikrar integriti korporat kepada SPRM di Kuala Lumpur, hari ini.

Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib Mahmud atas dakwaan rasuah balak.

Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey, dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut.

Mengulas pemantauan projek mega, Abu Kassim berkata, SPRM akan terus memantau projek-projek berkenaan dari masa ke masa.

"Tanggung jawab kami adalah untuk memantau sebarang projek dari masa ke masa. Saya tidak boleh nyatakan projek mana tetapi tugas kami memantau dan mencegah rasuah dalam kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada SPRM telah mengenalpasti projek lain.

Setakat ini, SPRM dijangka memantau tiga projek mega iaitu Menara Warisan Merdeka setinggi 100-tingkat yang bernilai RM5 bilion; sistem transit laju massa (MRT) bernilai RM36 bilion; dan projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) bernilai RM6.7 bilion.

- Bernama

(Sumber : Malaysiakini)


p/s : Terdengar kat radio tadi masa dalam perjalanan ke tempat kerja.. Kena sabar tunggu hasil siasatan.. Rasanya tak perlu buat andaian dan kesimpulan sendiri.. Nanti mengganggu pihak yang bertanggungjawab pulak..

12 Komen Orang Bijak:

Mr. Asada said... Reply To This Comment

yeah! biar pihak berkuasa yang menentukan. kita dengar nanti yeah..

puteraduyong said... Reply To This Comment

wah...ini memang hangat...!

yanamib said... Reply To This Comment

hurm semoga kes ni cpt settle~

Hans Hanis said... Reply To This Comment

siasat jangan tak siasat

Review Filem KL Gangster

merahitujambu said... Reply To This Comment

AKU TUNGGU KO UPDATE SETERUSNYAA OK....=)

Muhamad Zaki Zafir said... Reply To This Comment

siasat betul2, supaya yg slh akan dihukum dan kalau yg x brslh dpt dibersihkan namanya. :)

Areyoudys said... Reply To This Comment

as salam..

▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

jangan lupa siasat mereka yng tak berkenaan. siap lagi? blogger la~
kan laju jer diorang buat andaian.
lalala~


terima kasih berkongsi cerita~

Entri Terbaru Pakcik :

WIDGET TRAFIK PERCUMA..

BRO_MONDAY said... Reply To This Comment

miss tieah : kite tunggu dan lihat, spekulasi liar selalu nye dah timbul masa ni, dalam blog² pun ada jugak...

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

betul tu. tapi apa nak pelik bila Taib Mahmud kena siasat. Ini semua sebab politik. yang mainkan tuduhan ini puak pembangkang. lepas ni suruh pulak SPRM siasat Khalid Gagap, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim.

Kita tengok pulak reaksi pembangkang bila dorang kena siasat.

husnalalink said... Reply To This Comment

betul tue kite wait and see je kan? hehehe..sabar menunggu..hehehe

Mario said... Reply To This Comment

sama2la kita tunggu...

:: Mrs.SyahNia :: said... Reply To This Comment

hrapnya tiada apa2 ksulitan..